Budak maut ‘dihempap’ sepupu seberat 147 kilogram

in Global by


TALLAHASSEE – Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun menemui ajal selepas sepupunya seberat 147 kilogram duduk di atasnya dalam kejadian pada Sabtu lalu.


Menurut pihak berkuasa, Dericka Lindsay ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah dihantar ke hospital dan dia disahkan meninggal dunia.


Siasatan awal polis mendapati Veronica Green Posey, 64, yang kini berdepan dakwaan membunuh dipanggil oleh ibu bapa mangsa untuk ‘menghukum’ kanak-kanak tersebut kerana tidak berkelakuan baik.


“Mangsa dipukul dengan pembaris dan paip logam sebelum wanita tersebut duduk di atas budak itu selama beberapa minit. Mangsa turut menangis kerana tidak boleh bernafas,” ujar jurucakap pihak berkuasa.


Susulan kejadian itu, ibu bapa budak tersebut, Grace Joan Smith, 69, dan James Edmund Smith, 62, juga ditahan dan didakwa melakukan pengabaian kerana tidak melaporkan penderaan terbabit.


Posey telah dibebaskan dengan ikat jamin AS$125,000 (RM528,125). – AP


Source: SH Global

[featured-video-plus]