Cinta Bersegi-Segi pasti mencuit hati

in Hiburan by

Cinta Bersegi-Segi pasti mencuit hati


SELEPAS mempertaruhkan beberapa telefilem yang sarat konflik dan air mata, pengarah hebat, Shuhaimi Lua Abdullah kembali dengan sebuah karya yang lebih santai dan mencuit hati menerusi syarikat produksinya, Tanah Beris Film Production Sdn Bhd.


Cinta Bersegi-Segi, sebuah telefilem hasil tulisan Suzana Sally menampilkan gandingan pelakon baru dan lama seperti Datuk Eizlan Yusof, Raja Azura, Mawar Rashid, Nazirul Mubin dan Feiyna Tajudin.


Telefilem ini akal menemui penonton menerusi slot Skrin Di 9, 23 Oktober ini bermula jam 8.30 malam di TV9.


Bercerita lanjut mengenai karyanya kali ini, Shuhaimi berkata, impiannya untuk bekerjasama dengan Raja Azura menerusi naskhah arahannya akhirnya menjadi kenyataan.


“Kita sedia maklum Raja Azura atau Kak Engku sibuk dengan tugasnya sebagai penyampai radio, jadi sudah beberapa kali dia terpaksa tolak tawaran saya. Tapi kali ini, saya bernasib baik kerana dia ada kelapangan.


Katanya, selain Raja Azura, telefilem ini adalah percubaan Shuhaimi mempertaruhkan muka baru iaitu Nazirul Mubin, yang juga juara Kacak Bergaya 2016 selaku hero.


“Ternyata, walaupun masih hijau dalam industri, tapi Nazirul dapat membawakan wataknya dengan baik sekali,” ujarnya kepada Media Hiburan.


Tambah Shuhaimi lagi, untuk memberi kelainan selain mempertaruhkan barisan pelakon, dia turut menghasilkan lagu, Jodoh Ku Tengah Parking sebagai lagu tema telefilem ini.


“Saya tak nafikan, jalan cerita ini tidaklah terlalu berat atau ada kelainan sebab kami mempertaruhkan genre romantik komedi. Tapi bagi memberi sedikit kelainan, saya cipta sebuah lirik di mana Nick CDRW bertindak sebagai pengubah lagu, dan Izzamad Harun serta Mawar pula menyanyikan lagu ini.


“Kalau ikutkan jarang penerbit selitkan lagu khas untuk sesebuah telefilem, tapi saya buat bagi menampakkan kelainan dan memudahkan orang ingat lagu ini dengan telefilem ini.


“Apa yang saya harapkan penonton akan terhibur sambil menonton dan mendengar lagu, serta kita secara tak langsung dapat mendengar vokal Mawar” katanya.


Cinta Bersegi-Segi mengisahkan Zin, Ruby dan Ana, dahulunya adalah teman rapat semasa zaman persekolahan. Tamat persekolahan, mereka bertembung semula di sebuah pusat karaoke apabila masing-masing sudah berpuluh tahun tidak bertemu.


Zin kini menduda setelah kematian isteri. Ruby juga keseorangan setelah bercerai dengan suaminya, manakala Ana pula masih keseorangan tanpa teman. Ruby dan Ana berpakat mengenalkan Zarina, anak rakan mereka kepada Zin yang bersungguh-sungguh mahu mencari pengganti.


Dalam proses untuk mengenal hati budi masing-masing, segalanya berjalan lancar sehinggalah pada suatu hari Zin berterus-terang. Dia tidak mampu membohongi dirinya sendiri apabila dia jatuh hati pada ibu Zarina, iaitu Fetty sungguhpun Fetty jauh lebih tua darinya.


Fetty pula tidak tahu yang Zin sukakannya. Dia melayan Zin macam melayan ‘bakal menantu’. Apakah yang akan terjadi seterusnya?


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]