Dikir Amal Untukmu Megat Nordin malam ini

in Edisi by


KOTA BHARU – Bagi membantu meringakan beban yang ditanggung pendikir tersohor Kelantan, Nordin Yusoff, 56, atau lebih dikenali sebagai Megat Nordin, akibat penyakit kanser hati tahap 4, satu persembahan dikir barat amal akan diadakan malam ini.


Wakil pendikir, Mohamed Aswady Adenan berkata, persembahan dikir barat yang akan berlangsung pada jam 9 hingga 11 malam ini akan diadakan di Uptown Bandar Satelit Pasir Tumboh.


“Antara pendikir yang terlibat Fendi Kenali, Wady Farmasi, Poyie Gasi, Roby Wisma, Raden Mas Uji, Diey Buana, Man Megat, Eppy Ludin Kasih,  Shahril Teknik dan Pak Door.


“Persembahan ini akan turut diiringi oleh Kumpulan Dikir Sang Kerian Kenali,” katanya.


Menurutnya, kutipan sumbangan pada malam ini nanti akan diserahkan kepada Megat Nordin untuk membantu kos perubatan beliau.


“Jadi marilah kita bersama-sama menjayakan persembahan dikir ini supaya dapat membantu beliau dan kami mendoakan moga kesihatan beliau kembali pulih” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]