Isi minyak hitam percuma dapat sambutan

in Edisi by


PROGRAM Tukar Minyak Hitam di Selangor Dredging anjuran Umno Bahagian Sepang dan Jasa Sepang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk.


Ketua Umno Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing hadir melihat sendiri sokongan penduduk setempat.


Menurutnya, pelbagai pihak tanpa mengira fahaman politik menikmati perkhidmatan yang disediakan sebagai usaha memudahkan urusan perjalanan penunggang motosikal selain meringankan beban mereka.


Program tersebut dilabel sebagai program mesra penduduk di mana pelbagai pihak turun padang memberikan kerjasama.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]