Moral Chelsea tidak baik: Azpilicueta

in Sukan by


“GAGAL menang dalam tiga perlawanan terakhir memang membuatkan moral pemain tidak baik,” kata pemain pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta.


Kedudukan Chelsea agak merumitkan selepas mencatatkan keputusan seri di Stamford Bridge ketika menentang AS Roma dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi semalam. Chelsea sempat mendahului 2-0 namun tertinggal 2-3 sebelum mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 3-3.


Dua perlawanan sebelumnya, The Blues menderita dua kekalahan berturut-turut di Liga Perdana Inggeris selepas tewas 0-1 di tangan Manchester City dan Crystal Palace 1-2.


“Saat ini moral pemain dalam keadaan yang kurang baik.


“Datang ke setiap perlawanan untuk mencari mata adalah penting untuk sebuah pasukan bagi menunjukkan karakter yang ada pada kami,” katanya.


Menurutnya, ketika perlawanan menentang Roma, kami sempat mendahului dua gol, tapi kami hilang rentak dan akhirnya keputusan menjadi seri.


Minggu ini dalam Liga Perdana Inggeris, Chelsea akan menghadapi Watford di Stamford Bridge.


Azpilicueta berkata, kemenangan menjadi sangat bernilai bagi pasukan dan realitinya tiga perlawanan tanpa kemenangan adalah amat sukar bagi kami dan kami akan kembali ke landasan terbaik Sabtu ini.


Namun misi Chelsea merebut kemenangan menentang Watford dilihat sukar apatah lagi faktor kecederaan yang menimpa beberapa pemain utama seperti N’Golo Kante, Danny Drinkwater, Victor Moses, David Luiz dan Tiemoue Bakayoko.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]