Penantian sepuluh tahun berakhir

in Uncategorized by


PARIT – Setelah menunggu selama sepuluh tahun akhirnya enam keluarga yang tinggal di Kampung Sadam Kem di sini akhirnya berjaya mendapat kemudahan bekalan elektrik.


Perkara itu lebih bermakna apabila mereka mendapat kemudahan berkenaan ketika tibanya perayaan Depavali.


Wakil penduduk, L Nintianadhan, 20, berkata, kawasan perkampungan itu agak jauh di tengah-tengah ladang kelapa sawit menyebabkan bekalan elektrik sukar untuk disambungkan.


Menurutnya, dalam tempoh sepuluh tahun mereka terpaksa menggunakan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik.


“Perkampungan kami berada agak jauh dari kawasan lain menyebabkan bekalan elektrik sukar untuk disambungkan.


“Jadi kami terpaksa menggunakan generator menyebabkan bekalan elektrik agak terhad serta menyukarkan kehidupan kami,” katanya ketika ditemui semasa lawatan Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Belanja Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria ke kawasan itu baru-baru ini.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]