Hampir putus asa lawan kanser

in Edisi by


BUKIT MERTAJAM – “Saya dah tak sanggup lagi teruskan rawatan, biarlah takdir tentukan segalanya.


Itu rintihan seorang remaja, R Ghaayathiran, 18, apabila dia tidak lagi mahu meneruskan rawatan kemoterapi disebabkan penyakit leukemia yang dihadapinya sejak lima tahun lalu kerana terlalu letih dan sakit dengan penderitaan yang ditanggung.


Ghaayathiran disahkan menghidap leukemia pada 2013 namun sembuh selepas menerima rawatan, bagaimanapun sel kanser itu menyerang kembali ke bahagian otak Mei tahun lalu.


Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak menentu, remaja itu hampir putus asa dan sering murung menyebabkan keluarganya memilih untuk tidak meraikan perayaan Deepavali yang disambut baru-baru ini.


Ibunya, A Geetha Nair, 47, berkata, melihat keadaan anaknya itu dia tidak patah semangat untuk memberikannya motivasi agar terus cekal melawan penyakitnya itu.


“Hati ibu mana yang tidak sedih bila dengar luahan anak seperti ini selepas sudah banyak usaha yang saya lakukan untuk merawat penyakit yang dihidap anak,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis santai yang diadakan bersama Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said di sini semalam.


Geetha berkata, keluarganya bersyukur dengan keprihatinan Mohd Zaidi yang memuat naik sebuah video dedikasi untuk anaknya sekali gus memberi semangat kepada anaknya melawan penyakit yang dihidapi.


Katanya, keadaan anaknya itu kian berubah dan kembali bersemangat selain menyuarakan  hasratnya untuk bertemu Mohd Zaidi.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]