Kane bukan masalah: Klopp

in Sukan by


LIVERPOOL mampu menyekat serangan Harry Kane menjelang pertemuan dengan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Wembley, malam esok.


Keyakinan itu diluahkan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp selepas melihat anak buahnya mampu merantai pergerakan Romelu Lukaku ketika menentang Manchester United, minggu lalu.


Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Anfield dan Klopp percaya anak buahnya mampu mengulangi aksi yang sama ketika turun menentang Spurs nanti.


Bagaimanapun Klopp percaya bukan Kane sahaja pemain berbahaya yang dimiliki Spurs, malah menganggap semua pemain skuad bimbingan Mauricio Pochettino mampu mengancam The Reds di setiap posisi.


“Saya yakin pemain Spurs boleh menyerap ancaman Kane. Buktinya kami telah memastikan Lulaku tidak mendapat bola dan itu juga akan menjadi cara mengunci Kane nanti.


“Tetapi jika kami terlalu fokus kepada seorang saja, pemain lain seperti Dele Alli akan bergerak bebas, (Christian) Eriksen juga boleh meledak dan melakukan hantaran berbahaya,” katanya.


Kane sudah menjaringkan 15 gol dalam 15 penampilan untuk kelab dan England serta 81 gol dalam 102 aksi Liga.


Klopp berkata, beliau sudah tidak sabar untuk menyaksikan pertemuan tersebut yang dijangka akan berlangsung sengit.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]