Kerajaan perlu buktikan tohmahan terhadap bajet

in Nasional by


PEMBENTANGAN Bajet 2018 dijadualkan 27 Oktober ini. Namun, tidak dinafikan biarpun pembentangan itu merupakan yang terbaik sekali pun, ia pasti masih mengundang tohmahan daripada segelintir pihak.


Mengapa itu berlaku? Apa sebabnya?


Penganalisis Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari, persepsi adalah satu perkara  yang  tidak boleh dielak.


“Kita tidak boleh kata dasar yang dibuat kerajaan adalah tidak baik, ada yang baik tetapi persepsi menyebabkan ia dilihat menjadi tidak baik. Cuma apa yang perlu dilakukan perlu dibuktikan dengan fakta apa yang dibuat itu memberi manfaat kepada rakyat.


“Tahun lepas, kerajaan beri bajet untuk kurangkan harga makanan dan mereka harus buktikan adakah ia benar-benar turun kerana rakyat melihat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.


Beliau berkata, walaupun berlaku peningkatan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), persepsi mesti akan kata itu adalah untuk PRU.


Katanya, bagi beliau BR1M itu perlu ditambahbaik dan pemberian seperti itu akan mendedahkan ekonomi ke inflasi. Bila jumlah BR1M bertambah, harga barang akan naik.


Tujuan beri BR1M adalah untuk kurangkan beban tetapi dapat BR1M beli telefon bimbit. Adakah ia mencapai tujuannya? Tidak.


“Kita perlu kawal ini kerana pemberian seperti itu adalah tidak baik kerana kredibiliti perlu ada dalam setiap bajet dengan pembuktian dan rakyat dapat merasakan keberkesanan bajet,” katanya.


Bagi meningkatkan ekonomi, galakan dengan rangsangan eksport melalui perjanjian dagangan bebas mampu memberikan keuntungan kepada negara selain memastikan bagaimana hasil cukai digunakan secara berhemah.


Beliau dalam pada itu tidak menyetujui pemberian telefon pintar dalam Bajet 2017 kerana duit itu datangnya dari dalam negara dan dibayar oleh pembayar cukai. Pembuatan telefon pintar ini adalah dihasilkan oleh banyak negara luar, kandungan import itu tinggi dan persoalannya pembelian itu mencipta banyak bocoran kepada negara walaupun sebagai rangsangan golongan muda membeli telefon pintar.


“Perbelanjaan kerajaan hendak berbelanja perlu betul-betul dilihat kerana kita hendak kurangkan bocoran bagi memastikan pusingan itu berlaku.


“Kala umekanisma yang digunakan kos hidup sama seperti tahun lepas, sudah tentu rakyat masih dendangkan lagu kos hidup yang meningkatkan,” katanya.


Selain itu, beliau turut mengulas tentang cabaran yang akan dihadapi kerajaan dalam pembentangan Bajet 2018.


Menurutnya, bagi beliau cabaran adalah bagaimana untuk memenangi hati rakyat yang mana bajet ini adalah bajet yang sungguh memberi manfaat.


“Rakyat akan fokus kepada kos hidup, turun harga makanan pun bagi saya ia sudah cukup membuatkan rakyat gembira.


“Sekarang ini susah apabila kita lihat ada kedai-kedai yang menjual beras dengan sukatan dan itu seperti berlaku seperti suatu era dahulu yang mana rakyat hanya mampu membeli dalam kuantiti yang kecil sahaja.


“Sentimen rakyat tidak banyak bezanya sebab mereka melihat apa yang berlaku, pengangguran banyak berlaku dan banyak pekerja kontrak terpaksa diberhentikan kerja,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]