Masjid perlu dana RM80,000

in Edisi by


TANAH MERAH – Masjid Mukim Bechah Laut, memohon sumbangan bagi mengumpul dana sebanyak RM80,000 untuk melaksanakan projek pembangunan, program imarah dan aktiviti kebajikan masjid itu.


Pengerusinya, Mohd Azmi Mohd Zain berkata, antara projek pembangunan dirancang ialah menaik taraf bangunan lama masjid,  ubah suai mihrab dan pembinaan garaj kenderaan bagi keselesaan jemaah.


Katanya, dana juga diperlukan untuk penganjuran pelbagai aktiviti imarah masjid seperti kuliah agama harian, kelas al-Quran remaja dan dewasa, sambutan hari kebesaran Islam dan ceramah bulanan.


“Untuk aktiviti kebajikan, kita ada penyampaian sumbangan, ziarah, bantuan bulanan, bantuan sekolah, bantuan hari raya dan persiapan Ramadan dengan keutamaan diberikan kepada anak mukim asnaf,” katanya.


Orang ramai boleh menghubunginya di talian 019-3646464, setiausaha masjid, Razali Nor (019-9198940) atau Bendahari, Rafie Muhamad (019-2356479).


Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam di nombor 03054010019912 atau Bank Muamalat 03060000012718 atas nama Tetuan Masjid Mukim Bechah Laut.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]