Maz Lab sasar tingkat jualan

in Bisnes by


SYARIKAT milik penuh Bumiputera, Maz Health&Beauty (M) Sdn Bhd menyasarkan untuk meningkatkan jualan kepada 8,000 unit sebulan bagi semua produk tahun ini.


Pengasasnya, Ahmad Mustaqim Murad berkata, jumlah itu berikutan menerima sambutan menggalakkan daripada pengguna walaupun berada di pasaran sejak awal Januari lalu.


“Setakat ini, jualan kesemua rangkaian produk Maz Lab melebihi 5,000 unit.


“Produk yang mendapat permintaan tinggi adalah Pure Honey Facial Serum mempunyai fungsi empat dalam satu iaitu sebagai penyegar wajah, serum pelembap, serum dan asas solekan,” katanya.


Maz Lab mempunyai empat produk iaitu Pure Honey Facial Serum, Pure Honey Sleeping Masque, Lokha Antiseptic Spray dan Lokha Plus.


Mengulas berhubung bahan utama produk, menurutnya, tiga bahan utama bagi serum wajah itu ialah asid hyaluronic, ekstrak kunyit serta madu asli, yang mana semua bahan dipercayai mengandungi khasiat berguna terhadap kulit.


Katanya, kesemua bahan itu membantu untuk mengurangkan jerawat, pigmentasi, melembap serta memberikan kesan antipenuaan ke atas kulit.


Sementara itu, Pengarah Eksekutifnya yang juga duta produk, Azizah Azizan berkata, dia telah mencuba kesemua produk yang dihasilkan terlebih dahulu sebelum diedarkan di pasaran bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan memenuhi kehendak pengguna.


“Setakat ini, Maz Lab dijual pada harga berpatutan bermula RM20 sehingga RM83 seunit.


“Kami juga mempunyai 36 ejen dan menyasarkan penambahan kepada 25 ejen menjelang akhir tahun ini,” katanya.


Maz Lab dapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan tidak dijual di Sabah dan Sarawak.


Selain produk Maz Lab, syarikat itu juga mempunyai pusat perubatan homeopati yang menyediakan rawatan wajah dan analisis kulit.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]