Mukhriz terajui Pakatan Harapan Kedah

in Politik by


ALOR SETAR – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diumum sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, malam semalam.


Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad pada ceramah Selamatkan Malaysia, di Dataran Stargate.


Tiga pengerusi PKR, Amanah dan DAP Kedah pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, iaitu Dr Azman Ismail, Datuk Dr Ismail Salleh dan Tan Kok Yew.


Dr Abdul Rahman Ahmad selaku Ketua Sekretariat, manakala Datuk Abdul Aziz Mahmud sebagai Bendahari.


Ketua Pemuda Amanah, Mohd Asmirul Anuar Aris dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kedah.


Manakala Ketua Wanita disandang Nurin Aina Abdullah dari PKR.


Mejar (B) Anuar Abdul Hamid merupakan Pengarah Penerangan, manakala Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]