Pemangsa seksual cuba eksploitasi

in Global by


DHAKA – BANGLADESH. Pemangsa seksual dan sindiket pemerdagangan manusia didakwa cuba untuk mengeksploitasi golongan wanita serta kanak-kanak Rohingya yang kini mendapatkan perlindungan di kem pelarian di Bangladesh.


“Kami dapat tahu ada individu cuba ambil kesempatan dengan memberi harapan palsu untuk membawa mereka ke tempat lebih selamat. Mereka juga memberi tawaran kerja palsu sebagai tukang cuci dan amah.


“Kumpulan sindiket terbabit turut umpan golongan terbabit dengan wang tunai,” kata pengarah kumpulan kemanusiaan CARE di Dhaka, Zia Choudhury.


Menurut pelan tindak balas kemanusiaan yang disatukan oleh PBB pada bulan ini, kira-kira 448,000 pelarian Rohingya menjadi mangsa keganasan seksual dan mengalami trauma kerana menyaksikan serangan ke atas orang lain.


Sejak gelombang keganasan tercetus pada Ogos lalu, seramai 580,000 penduduk Islam Rohingya telah melarikan diri dari Rakhine, lapor Press TV.


Source: SH Global

[featured-video-plus]