Pintu Pas sentiasa terbuka

in Politik by


KOTA BHARU – Bekas penyokong dan ahli Pas yang kini berada di luar diberi peluang untuk kembali bersama Pas.


Perkara tersebut disuarakan Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan ia amat penting untuk Kelantan terus ditadbir Pas.


“Biarlah atas dasar apa sekalipun sehingga ada ahli dan penyokong kita duduk ‘di luar’, mari kembali bersama Pas.


“Kita sama-sama mempertahankan kerajaan kita yang kini telah berusia 27 tahun,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Kuliah Perdana di sini.


Kuliah tersebut adalah bersempena dengan ulang tahun kerajaan Pas Kelantan yang ke-27 di Medan Ilmu, di sini yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yakob, kepimpinan tertinggi Pas negeri, wakil rakyat dan ahli parlimen yang terlibat.


Menurutnya, tindakan segelintir penyokong Pas yang berada ‘di luar’ itu adalah mungkin disebabkan oleh beberapa kekhilafan, mahupun atas desakan atau dorongan pihak-pihak tertentu. Bukannya atas kepentingan peribadi.


Malah Che Abdullah juga memberitahu, maka kini tiba masanya untuk mereka kembali dan mempertahankan Pas Kelantan sebagaimana yang pernah mereka lakukan sebelum ini.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]