Sabun buang daki viral 2017

in Bisnes by


FITRI Ismail mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan empat tahun lalu dengan berjinak-jinak dalam penjualan barangan borong daripada China, antaranya fesyen dan peralatan kenderaan.


Berkat minatnya dalam perniagaan mendorongnya untuk terus maju dengan melahirkan produk sendiri pada pertengahan 2016.


Maka terhasillah Nyla Magic Soap, sabun buang daki pada Jun baru-baru ini dan mula dipasarkan kepada umum selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif IZF Marketing ini berkata, dia membangunkan produk itu bersama isterinya, Fatin Farhana Abd Rahman, yang juga merupakan Pengasas Nyla Magic Soap pada tahun lalu menerusi Syarikat Aveena Beauty.


“Kami melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) selama hampir satu tahun bagi memastikan produk dihasilkan menepati ciri-ciri diinginkan, sekali gus memberi kesan maksimum kepada pengguna.


“Kami juga mahu produk ini selamat dan tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna apabila digunakan,” katanya yang membelanjakan hampir RM50,000 sebagai modal R&D dan pemasaran.


Menurutnya, dia perlu melalui kira-kira empat penambahbaikan produk daripada segi formulasi.


Katanya, dia memilih produk ini kerana mendapati masih tidak banyak sabun seumpama  itu berada dalam pasaran, kurang persaingan, mudah dipasarkan dan mempunyai pasaran yang luas.


Nyla Magic Soap adalah produk sepenuhnya milik Bumiputera, berdaftar dengan Kementerian Kesihatan di bawah kategori kosmetik dan mendapat status Amalan Pengilangan Baik (GMP).


“Produk kami adalah 100 peratus buatan Malaysia yang dikilangkan di Sungai Buloh, Selangor dan bukannya barangan penjenamaan semula,” jelasnya ringkas.


Mengandungi ekstrak mutiara, emas 24K


Nyla Magic Soap menggunakan 100 peratus bahan organik dan tidak mempunyai bahan kimia yang berbahaya.


Fatin Farhana berkata, sabun ini mengandungi bahan utama iaitu ekstrak mutiara dan emas 24 karat.


“Selain itu, ia juga turut mempunyai bahan lain seperti minyak argan, minyak Rose Hip, minyak Tea Tree, minyak zaitun, madu, alovera dan Victamin C.


“Sebenarnya, bahan-bahan itu sudah mencukupi untuk menghasilkan sabun ini, tetapi kami menambah ekstrak mutiara dan emas 24 karat bagi menghasilkan kesan maksimum kepada pengguna,” katanya.


Menurutnya, Nyla Magic Soap mampu memberi kesan seawal sekali penggunaan dan ia boleh digunakan di seluruh badan serta sebagai pencuci muka.


Berdasarkan kepada maklum balas pengguna, Fatin Farhana berkata, sabun ini bukan sahaja memberikan kesan dengan mencerahkan kulit, tetapi turut mampu mengurangkan masalah seperti jerawat, jeragat, biji kolesterol, kurap, ketuat dan ruam.


Katanya, produk pertama keluaran syarikatnya itu sesuai digunakan lelaki dan perempuan bagi semua peringkat usia, ibu mengandung, wanita berpantang dan bayi seawal enam bulan.


“Bagi penggunaan maksimum, pengguna digalakkan menggunakan air suam bagi membasuh atau menyental daki kerana ketika itu liang pori terbuka.


“Manakala baunya pula adalah gabungan bauan semula jadi daripada kesemua bahan-bahan yang digunakan,” katanya.


Nyla Magic Soap dijual secara atas talian menerusi Facebook Nyla Magic Soap Malaysia dan Instagram Nylamagicsoapmalaysia dengan harga RM69 seunit.


Hasrat terokai pasaran luar negara


Sejak berada di pasaran tiga bulan lalu, IZF Marketing menerima permintaan tinggi pengguna, yang mana telah berjaya menjual lebih 15,000 unit.


Fitri ismail berkata, walaupun jualan perlahan pada awalnya, namun, semakin bertambah setiap bulan, sehingga kini, syarikatnya menjual 15,000 unit dalam tempoh dua bulan.


“Buat masa ini, kami menerima permintaan tinggi dengan menjual 500 unit sehari dengan purata pendapatan RM10,000.


“Kami menyasarkan untuk menjual 20,000 unit seminggu pada masa akan datang,” katanya yang menguruskan sepenuhnya penjualan produknya.


Menurutnya, dia tidak lagi melantik ejen, tetapi sedang merancang strategi terbaik untuk sistem agen dan stokis bagi memasarkan produk Nyla Magic Soap yang akan diperkenalkan di masa akan datang.


Katanya, IZF Marketing menggunakan medium pengiklanan atas talian, FBAds untuk mempromosikan produknya.


Bergerak ke hadapan, Mohd Faridatul Fitri berkata, syarikatnya berhasrat menembusi pasaran luar negara awal tahun depan.


“Kami ada menerima permintaan untuk ke Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia dan Oman,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]