Sathia tagih sentuhan lebih berbisa Thiago

in Sukan by


KETUA Jurulatih Felda United, B Sathianathan mengharapkan sentuhan berbisa penyerang Thiago Augusto Fernandes untuk membawa The Fighters ke pentas final Piala Malaysia buat kali pertama.


Sathianathan mengharapkan pemainnya itu mampu memberikan penyudah yang lebih berkesan bagi mendapat kelebihan di Darul Aman selepas sekadar seri 1-1 di Jengka aksi pertama minggu lalu.


“Thiago bermain dengan baik dalam perlawanan tempoh hari, tetapi kombinasi sebagai sebuah pasukan itu tidak ada.


“Saya melihat dia banyak memberikan peluang kepada pemain lain, tetapi pemain lain kurang memberi soko-ngan kepadanya. Bila tiada kerjasama, dia (Thiago) tidak dapat melakukannya seorang diri.


“Jadi, minggu ini saya lihat semua pemain sudah mula memperbaiki kelemahan itu dan saya yakin ini mungkin boleh memberi kelebihan kepada kami di Alor Setar nanti,” katanya.


Mengulas pertemuan di Darul Aman, Sathianathan mengakui itu antara tugas sukar untuk pasukannya di sana.


“Saya tahu bermain di sana tidak akan mudah untuk mana-mana pasukan. Tapi saya yakin jika kami dapat mencari satu gol di sana kami akan ada kelebihan,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]