Tak sempat lari selepas langgar lima kereta

in Semasa by


SEREMBAN – Cubaan seorang lelaki bersama teman wanita meloloskan diri sejurus melanggar lima buah kereta di Taman Bukit Kepayang di sini pagi tadi, gagal sejurus ditahan polis tidak jauh dari lokasi.


Difahamkan kejadian kira-kira jam 7 pagi itu berlaku selepas suspek dipercayai mahu pulang sebaik sahaja bersarapan pagi di sebuah kedai makan di kawasan itu.


Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.


Seorang pekerja kedai makan yang dikenali sebagai Mohamad, 20-an, berkata, ketika itu tidak ramai pelanggan dan kebanyakan kereta dipakir di kawasan itu milik pendaki Bukit Kepayang.


“Sebaik sampai kedai jam 7 pagi, saya nampak kereta pacuan empat roda dipandu oleh supek mahu keluar, tapi melanggar sebuah kereta di situ.


“Dia tak berhenti, tapi terus memandu secara tergesa-gesa dan merempuh pula kereta lain sebelum ditahan polis yang membuat rondaan di lokasi,” katanya.


Menurutnya, kejadian itu hanya disedari oleh pemilik kereta kira-kira jam 8.30 pagi sebaik sahaja selesai mendaki sebelum masing-masing membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]