A Rahim Pegawai Kewangan Negeri baharu

in Edisi by


JOHOR BAHRU – A Rahim Nin dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baharu dan menyempurnakan upacara angkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.


Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Ikrar Taat Setia itu disempurnakan di Istana Bukit Serene, di sini dan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Yang Dipertua Majlis Jumaah DiRaja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.


Perlantikan A Rahim sebagai Pegawai Kewangan Negeri berkuat kuasa bermula 20 Oktober bagi menggantikan Mohd Nasir Abd Salam yang bersara pada tarikh sama.


A Rahim sebelum ini memegang jawatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang ke-10 bermula Ogos 2015 selepas berkhidmat sebagai Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).


A Rahim mula bertugas sebagai penjawat awam bersama Kementerian Perusahaan Utama pada Januari 1986 sebagai Penolong Setiausaha sebelum bersama kerajaan negeri bermula pada Disember 1989 selepas dilantik sebagai Penolong Pentadbir Tanah Batu Pahat.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj), Amran A Rahman dilantik memegang jawatan Datuk Bandar MBJB berkuatkuasa 23 Oktober (esok).


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]