Adik ipar ditemui tergantung dalam hutan

in Semasa by


KUALA PILAH – Misteri kehilangan seorang lelaki berasal dari Kampung Orang Asli Bari Johol sejak tiga hari lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemukan dalam keadaan tergantung di sebatang pokok di hutan Kampung Senarak Inas,  di sini, petang semalam.


Lelaki berusia 34 tahun ini masih bujang ditemukan oleh oleh abang iparnya, Nizam Damut, berusia 40 tahun kerana bimbang keselamatannya yang tidak pulang ke rumah tiga hari lalu.


Difahamkan, Nizam bersama anak lelaki dan anak saudaranya telah mencari adik iparnya itu pada jam 1.10 petang di dalam hutan sejauh dua kilometer dari jalan besar kampung berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Haslah Bachok, hasil siasatan polis mendapati, tiada unsur jenayah dan dipercayai si mati telah meninggal dunia sejak tiga hari lalu.


“Kes diklasifikasikan mati mengejut dan mayat di bawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]