Agama bukan alat politik: Perwakilan Amanah

in Politik by


ALOR SETAR – Perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) dari Terengganu mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan agama sebagai alat untuk menakutkan masyarakat bagi menarik lebih ramai pengundi untuk sertai politik seperti dilakukan Pas


Roslan Ismail berkata, tindakan sedemikian telah membentuk pandangan dan persepsi dalam kalangan masyarakat marhaen dengan beranggapan bahawa perlu menyertai parti itu sekiranya hendak ke jalan benar.


“Perkara ini telah menjadi barah yang sedang melanda negara ini dan menyebabkan masyarakat terutamanya golongan anak muda terpengaruh untuk menyertai parti tersebut,” katanya ketika membahas pidato Presiden Amanah sempena Konvensyen Nasional 2017 parti itu, di sini hari ini.


Sementara itu, perwakilan Amanah Kedah Ridzwan Abu Bakar berkata,  sesebuah parti itu sepatutnya bersifat sebagai pelindung dan menawarkan kesamarataan kepada rakyat.


“Calon yang diketengahkan perlu mempunyai sifat pelindung untuk melindungi generasi sekarang dan masa hadapan kerana ini penting bagi membolehkan derita rakyat didengari,” katanya.


Beliau berkata, Amanah seharusnya bertindak sebagai faktor pemersatuan atau ‘gam’ untuk menyatupadukan rakyat demi kemakmuran negara.


Konvensyen kali kedua parti tersebut berlangsung mulai 20 Okt lepas dan berakhir hari ini.- Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]