Bantu mahasiswa dapatkan pekerjaan

in Politik by


SHAH ALAM – Kerajaan seharusnya memikirkan mekanisme terbaik menyelesaikan isu graduan menganggur dan peluang pekerjaan yang semakin terhad.


Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mahasiswa mengubah mentaliti makan gaji selepas tamat pengajian dan menjadi usahawan, tidak sesuai dalam keadaan ekonomi negara ketika ini.


“Bukan mudah menjadi usahawan dalam keadaan ekonomi sekarang.


“Hendak mula berniaga, graduan perlu bekerja makan gaji sekurang-kurangnya dua hingga lima tahun untuk mengumpul modal perniagaan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.


Menurutnya, keadaan lebih sukar kerana selepas tamat belajar mereka terus dibebani hutang pinjaman pendidikan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


“Terlalu ramai lambakan graduan menganggur. Isu utama patut difikirkan Najib ialah bagaimana mengurangkan masalah pengangguran ini, bukannya mengubah mentaliti rakyat,” katanya.


Nik Nazmi berkata, peniaga yang sudah bertapak lebih 30 tahun juga masih merungut kerana pendapatan berkurangan.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]