Bomba temui mayat seorang lagi mangsa tertimbus

in Edisi Johor by


GEORGETOWN – Seorang lagi mangsa yang tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini berjaya ditemui.


Mayat kesembilan yang identitinya belum dikenal pasti itu ditemui pada jam 6.20 petang tadi.


Penolong Ketua Pengarah (Operasi dan Menyelamat) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Edwin Galan Teruki berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui kira-kira satu meter dengan mayat kelapan yang dijumpai pada jam 3.27 petang tadi.

 


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]