Budak jatuh sungai ditemukan lemas

in Edisi Sabah Sarawak by


BINTANGOR – Seorang pelajar lelaki Tahun Enam SJKC Kai Chung yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke sungai Jumaat lalu ditemukan lemas oleh orang awam kira-kira jam 9.05 pagi, hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, Wong Khoon Yung, 12, dijumpai terapung di Sungai Stubah, dua kilometer dari lokasi kejadian.


“Mayat mangsa dibawa ke jeti oleh pasukan bomba dan penyelamat bagi tujuan pengesahan anggota keluarganya sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.


Pada hari kejadian, Wong bersama empat rakannya bermain bola di Tebingan Bitangor (Bintangor Waterfront) di Jalan Dermaga sebelum mangsa turun ke tebingan sungai untuk mengambil bola yang terjatuh ke sungai tersebut.


Mangsa bagaimanapun terjatuh ke dalam sungai dan terus tenggelam pada jam 11.30 pagi. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]