Chelsea bernasib baik berjaya atasi Watford

in Sukan by


PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte mengakui pasukannya sangat bernasib baik dapat bangkit menumpaskan Watford 4-2 di Stamford Bridge, semalam.


Menurutnya, dia sudah mula memikirkan kekalahan ketika ketinggalan 1-2 sebelum gol penyamaan dicipta pada minit ke-71 perlawanan.


“Ia sesuatu yang sukar apabila bolos di akhir babak pertama dan awal babak kedua. Ketika itu saya merasakan bahawa kami akan kalah.


“Namun, pemain menunjukkan kebangkitan yang cemerlang untuk mengubah keputusan akhir perlawanan.


“Watford berada dalam prestasi terbaik mereka dan tidak mudah untuk menang ke atas mereka,” katanya.


Dalam perlawanan itu, The Blues terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Pedro Rodriguez pada minit ke-12 sebelum disamakan Watford menerusi Abdoulaye Doucoure di penghujung babak pertama.


Empat minit selepas babak kedua bermula, Chelsea pula ketinggalan menerusi gol Roberto Pereyra.


Namun, gol dari Cesar Azpilicueta minit ke-87 dan dua gol Michy Batshuayi (minit 71 dan 90) nyata menyelamatkan maruah penyandang juara EPL itu.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]