City berada di prestasi terbaik

in Sukan by


MANCHESTER City ketika ini berada di prestasi terbaik mereka menang tujuh perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan yang terbaru menewaskan Burnley 3-0 di Stadium Etihad, semalam.


Pengendalinya, Pep Guardiola puas hati dengan persembahan pemainnya dan menyifatkan barisan penyerangnya tajam di hadapan gol dan pertahanan kebal mengelakkan daripada dibolosi.


“Pada babak kedua kami menampilkan persembahan menakjubkan dan mengawal permainan dengan baik.Saya puas hati kerana dapat meneruskan rekod kemenangan.


“Pemain saya mempunyai keampuan untuk mencetak lebih banyak gol namun penjaga gol Burnley menyelamatkan percubaan bahaya kami, ” katanya.


Tiga gol The Citizens dijaringkan Sergio Aguero, Nicolas Otamendi dan Leroy Sane.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]