Enam mangsa runtuhan telah ditemui

in Semasa by


GEORGETOWN – Operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah diteruskan pagi ini bagi mengesan lagi lima pekerja warga asing yang tertimbus.


Sehingga jam 9 pagi tadi enam mangsa telah ditemui selepas anggota penyelamat melakukan operasi pencarian sepanjang malam tadi.  


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata,mayat kelima yang ditemui dikenali sebagai Erwin, warga Indonesia yang dikesan pasukan penyelamat dalam keadaan tertimbus sebelum mayatnya dapat dikeluarkan pada jam 2.45 pagi, manakala identiti mayat keenam sedang dikenal pasti.


 “Kita juga berjaya mengeluarkan seorang lagi warga Indonesia dikenali sebagai Hosrin, pada jam 11.30 malam tadi, sekali gus menjadikan jumlah mangsa tertimbus masih berbaki seramai lapan orang. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada jam 8 pagi ini,” katanya ketika dihubungi di sini.


Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seramai 14 pekerja pembinaan yang sedang melakukan kerja mengikat konkrit terperangkap dalam kejadian runtuhan tanah pada jam 8.50 pagi semalam.


[ARTIKEL BERKAITAN:  Tanah runtuh: 15 hingga 20 pekerja tertimbus]


[ARTIKEL BERKAITAN: Operasi cari, selamat mangsa tanah runtuh diteruskan]


Susulan kejadian itu, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikerahkan bagi membantu operasi SAR mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah terbabit.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]