Gangguan air di Kampung Pida 5 Atas, sejak Aidiladha

in Edisi Utara by


JERLUN – Gangguan air yang berlaku sejak Aidiladha yang lalu, menyebabkan aktiviti harian penduduk di Kampung Pida 5 Atas, Jerlun di sini terganggu.


Seorang penduduk, Mohd Ridhwan Abu Bakar, 27, berkata masalah ini membebankan penduduk apabila terpaksa bangun pada malam hari semata-mata untuk menadah air.


“Tapi malam pun air tak laju, jenuh tahan la sampai ke pagi nak bagi penuh besen,” katanya, ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.


Seorang warga emas, Manis Saad, 77, berkata, dia yang tinggal seorang diri sangat terkesan dengan situasi berkenaan.


“Tok dah la duk sorang, jam 2 3 pagi kena mangkit (bangun) tahan ayaq. Kalau tak terjaga, mangkit subuh memang tak jalan dah ayaq,” katanya.


Sementara itu, menurut Nor Azzawani Shuib, 26, dia pernah membuat aduan di pejabat Syarikat Air Darul Aman (Sada) kawasan, namun tiada bantuan air disampaikan kepada mereka.


“Masa pi buat aduan tu, depa kata nanti lori kontrak depa masuk hantar ayaq, tapi tunggu punya tunggu,tak juga mai.


“Larat nak pi buat aduan kerap-kerap, saya dah la duk jaga ayah sakit lagi,” katanya yang membuat aduan terbabit pada Selasa lalu.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]