Hadiah kemenangan untuk ayah

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Ahmad Marzuki Nordin, 16, dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir Bintang Remaja Irama Malaysia sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000, trofi dan sijil penyertaan.


Pelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Klang itu mengalahkan sembilan peserta lain dengan mendendangkan dua lagu bertajuk ‘dikir puteri’ dan ‘nyanyian serambi’.


Ahmad Marzuki yang juga anak kepada penyanyi dikir barat tersohor Kelantan ‘Megat Nordin’ berkata, kemenangan ini adalah hadiah buat bapanya yang kini terlantar sakit akibat bengkak hati.


Pertandingan berkenaan adalah anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) yang berlangsung di auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, di sini hari ini.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]