Kedah, JDT tepati ramalan ke final

in Sukan by


PENYANDANG juara Kedah dan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) memanfaatkan keputusan separuh akhir pertama dan kelebihan bermain di gelanggang sendiri untuk mara ke pentas final Piala Malaysia selepas menjinakkan lawan masing-masing semalam, lapor ZURAIMEE ZAINAL.


Lang Merah mara ke pentas akhir edisi ke-91 berkenaan selepas menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Darul Aman.


Namun tuan rumah terpaksa menunggu babak kedua dua gol jaringan Sandro Da Silva minit ke-71 dan m-85 untuk mara agregat 3-1.


Sementara di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin pula, Harimau Selatan seperti dijangka tidak berdepan masalah membenam cabaran Perak 3-0.


Namun sama seperti Hijau Kuning di Alor Setar, Merah Biru terpaksa menunggu babak kedua untuk merobek gawang pelawat hasil dua jaringan Gonzalo Cabrera m-57 dan m-80  serta jaringan Gabriel Guerra m-74, sekali gus mengesahkan kemaraan dengan agregat 4-1 ke Stadium Shah Alam pada 4 November depan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]