Perlu peka emosi mangsa rogol di rumah

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Ibu bapa perlu lebih peka dengan perubahan emosi anak-anak mereka yang mungkin berpunca daripada jenayah rogol dalam rumah.


Pensyarah Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mazlena Mohamad Hussain berkata, kes rogol dalam rumah merujuk kepada jenayah seksual yang dilakukan terhadap anggota keluarga sendiri.


“Ia adalah jenayah yang serius kerana turut melibatkan kanak-kanak yang mengenali pelaku jenayah itu. Dalam menangani jenayah ini, ilmu keibubapaan dan didikan agama yang kukuh untuk setiap anggota keluarga adalah amat penting bagi mengelak diri sendiri atau kanak-kanak menjadi mangsa.


“Selain itu ahli keluarga terutama pihak lelaki dalam sebuah keluarga perlu bijak dan bertanggungjawab terhadap anak-anak dan keluarga mereka terutama bagi seorang bapa yang sememangnya perlu menjaga mereka sebaiknya dan tidak menjadikan mereka sebagai pemuas nafsu sendiri,” katanya. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]