Polis berjaya kesan tiga lelaki terselamat

in Semasa by


GEORGETOWN РPolis telah berjaya mengesan tiga  mangsa yang terselamat daripada kejadian tanah runtuh yang berlaku di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Timur Laut,Asisten Komisoner Anuar Omar berkata, tiga pekerja berkenaan berjaya dikesan melalui penyelia tempat kerja mereka dan akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.


Difahamkan, tiga lelaki berkenaan dikenali sebagai Gearsudin Sadul Haq daripada Myanmar,  Mohamad Josim Rahman daripada Bangladesh dan seorang lagi yang masih belum dikenal pasti identitinya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Operasi cari, selamat mangsa tanah runtuh diteruskan]


[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan negeri tubuh suruhanjaya siasatan]


Sebelum ini,Penolong Ketua Pengarah (Operasi dan Menyelamat) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Edwin Galan Teruki, kesemua mereka yang terselamat kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).


Menurutnya, mereka berjaya menyelamatkan diri apabila ketiga-tiga mangsa dikatakan melambung ke permukaan tanah, selain dilapor mengalami kecederaan ringan di beberapa anggota badan.


“Mereka kemudian dikatakan pergi sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kita juga sudah mengesahkan perkara ini dan sedang menjalin kerjasama erat untuk mengenal pasti lokasi mangsa timbunan yang lain.


“Berdasarkan petunjuk baharu ini, kita yakin dapat mengeluarkan baki mangsa yang tertimbus secepat mungkin dan dijangka dapat diselesaikan menjelang petang ini,” katanya pada sidang media pagi tadi.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]