Polis buru 821 individu dikehendaki

in Edisi by


GUA MUSANG – Polis Kelantan memburu 821 inidvidu dikehendaki dariĀ  1,086 orang yang disenaraikan bagi menyelesaikan kes-kes jenayah pelbagai jenis kesalahan.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, daripada jumlah itu, Tanah Merah mencatat paling ramai iaitu 142 orang dikehendaki, diikuti Kuala Krai 140 orang dan Gua Musang, 105 orang.


Menurutnya, sepanjang hebahan dan operasi dijalankan bagi memburu individu berkenaan, lebih 100 orang berjaya ditangkap dan selebihnya meninggal dunia dan dibatalkan nama.


“Mereka akan terus diburu biarpun ada sebahagian daripadanya berada di luar kawasan. Kita sudah mengeluarkan hebahan dan wajah mereka bagi meminta orang ramai turut membantu menyalurkan maklumat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah (KPD) baharu, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini hari ini.


Dalam pada itu, Superitendan Mohd Taufik Maidin, dilantik sebagai KPD Gua Musang baharu, berkuatkuasa hari ini menggantikan pemangku, Deputi Superintendan Abdullah Daud.


Sebelum ini, jawatan berkenaan dipegang oleh Superitendan Rajab Ahad Ismail yang kiniĀ  ditugaskan di Bahagian Latihan Bukit Aman.


Sebelum menjawat jawatan itu, Mohd Taufik merupakan Pegawai Pemerintah Batalion 4 Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Semenyih.


Mohd Taufik berkata, fokus utama yang akan diteruskan bagi memelihara kesejahteraan daerah ini adalah berkaitan isu jenayah dan dadah.


Katanya, selain itu, beliau bersama pegawai dan anggota akan turut mengenal pasti langkah-langkah terbaik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan utama, Gua Musang – Kuala Krai.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]