Runtuhan kecil kerap berlaku di tapak projek

in Semasa by


GEORGETOWN – “Ini bukan kali pertama. Sebelum ini terdapat beberapa runtuhan kecil yang berlaku di sekitar kawasan itu.


“Waktu kejadian terakhir (Khamis lepas), secara tiba-tiba beberapa batu jatuh dari lereng bukit itu, mujur ketika kejadian tiada pekerja di bawahnya, ” kata Sukarno, 50, pekerja di tapak projek rumah di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah yang runtuh semalam kepada Bernama.


Kejadian tanah runtuh di kawasan pembinaan itu mengorbanakan 11 pekerja.


Dia berkata, walaupun waktu kejadian sebelum ini hanya melibatkan batu kecil yang tidak mendatangkan kecederaan kepada sesiapa, namun ia bagaikan petanda sebelum berlaku runtuhan lebih besar.


“Selepas runtuhan batu kecil itu, kami (pekerja) tidak mengendahkannya dan terus membuat kerja seperti biasa dan menganggap ia perkara biasa. Tetapi semalam, ia membuktikan sangkaan kami adalah salah,” katanya.


Sukarno yang berasal dari Sulawesi, Indonesia berkata dia bersama beberapa rakannya yang lain tidak mahu lagi berkerja di tapak berkenaan kerana bimbang akan  keselamatan mereka  sekiranya insiden seperti itu berulang lagi.


“Rezeki boleh dicari di mana-mana pak, tapi nyawa kami tiada gantinya,” katanya. – Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]