Skim belia, wanita pacu sektor pekerjaan

in Edisi Selangor KL by


GOMBAK – Kerajaan negeri akan perkenalkan skim khusus bagi golongan belia ke arah persediaan bersaing dan memenuhi kehendak sektor pekerjaan.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kebanyakan graduan lepasan universiti mempunyai pendidikan yang baik, namun tidak dilengkapi kemahiran dan skil pasaran.


Menurutnya, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri menyediakan program bersesuaian memandangkan kadar pengangguran yang semakin membimbangkan.


“Kita berjanji dengan perkara yang kita mampu lakukan. Kebanyakan program yang diumumkan oleh kerajaan negeri berjaya kerana berkait dengan pelaksanan dan pengurusan serta polisi yang baik dan tepat.


“Sekiranya belia ada skil dan kemahiran bukan hanya memberikan peluang yang tinggi dalam sektor pekerjaan tapi juga tawaran gaji yang lebih tinggi,” katanya pada majlis penyerahan bantuan kepada lebih 60 penerima bagi Dun Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak di Masjid Al-Mardhiyah Fasa 5, Taman Melawati, semalam.


Beliau berkata, skim wanita turut akan diperkenalkan ke arah memberdaya dari segi ekonomi dan pendidikan.


Dalam perkembangan lain, beliau turut mengulas berkenaan pembentangan bajet kerajaan negeri pada 3 November ini akan menumpukan peruntukan pembangunan melebihi pengurusan bagi memacu ekonomi Selangor.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]