STL2017: Kelantan Warriors lakar kejutan

in Sukan by


KELANTAN Warriors menterjemahkan antara aksi terbaik mereka saingan Sepaktakraw League (STL) Premier 2017 apabila melakar kejutan membenam Terengganu Turtles, 2-0 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), semalam, lapor SUBKHI SUDARJI.


Gandingan Hisyam Mat-Aiman Azwawi-Naim Izani Noor mencatatkan kemenangan 22-20, 21-19 ke atas regu Terengganu dibarisi Irsyad Faiz Aziz-Ridaudin Ghani-Safarudin Abu Bakar.


Jurulatih Kelantan Warriors, Baharil Anuar Che Mamat berkata, pasukannya turun tanpa sasaran besar kerana Terengganu pasukan pilihan.


“Kalau dapat mencuri satu set pun sudah dikira sebagai bagus tetapi pemain menunjukkan ketenangan dan keyakinan tinggi untuk bangkit mencipta kemenangan selepas ketinggalan jauh.


“Kami ketinggalan enam mata di set pertama sebelum menang 22-20, itu adalah sangat luar biasa.


“Set kedua Terengganu memasukkan pemain tonggak mereka Zulkifli dan Hanafiah, tetapi saya gembira kerana pemain tidak gentar dan menunjukkan satu karakter yang baik untuk meraih empat mata berturut-turut dan mengesahkan kemenangan,” jelasnya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]