1,330 gagak ditembak MBSA

in Edisi by


SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan Operasi Menembak Gagak Tahun 2017 bagi mengurangkan populasi gagak yang boleh menyebabkan kacau ganggu awam.


Seramai sembilan orang penembak telah mengambil bahagian dan berjaya menembak 1330 ekor burung gagak.


Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, Operasi Menembak Gagak yang diadakan pada setiap tahun ini merupakan inisiatif pihak MBSA untuk mengurangkan jumlah populasi burung gagak di kawasan pentadbiran MBSA.


“Tabiat burung gagak yang menyelongkar tong sampah serta kawasan pembuangan sampah untuk mencari punca makanan menyebabkan pencemaran dan kacau ganggu serta menimbulkan rungutan kepada orang ramai.


“Antara lokasi yang terlibat dalam operasi menembak gagak ini adalah di kawasan pusat bandar (Seksyen 14), Seksyen 7, Seksyen 24 dan Seksyen 15,” katanya.


Pihak MBSA juga berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama untuk menjaga kebersihan terutamanya dari aspek pembuangan dan pengurusan sampah untuk mengelakkan populasi burung gagak kembali bertambah.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]