Ibu rayu bantu anak cacat

in Edisi Selangor KL by


SELAYANG – Ibu kepada empat orang anak merayu sumbangan orang ramai bagi membantu anaknya, Alya Nabil Norlizan berusia 11 tahun yang cacat sejak lahir lagi.


Norhayati Mohd Idris berkata, sumbangan ikhlas daripada orang ramai diharap dapat menampung perbelanjaan bulanan untuk kanak-kanak istimewa itu yang memcecah RM1,300 sebulan.


Beliau yang tidak bekerja hanya bergantung harap kepada suaminya mencari rezeki disebuah kilang dengan pendapatan hanya cukup makan.


“Saya hanya mengajar mengaji al-Quran, kalau ada orang bayar adalah pendapatan. Kalau tiada…maka tiadalah pendapatan untuk saya. Hanya bergantung pendapatan suami sekadar cukup makan.


“Kami ada juga menerima bantuan pusat zakat sekitar RM300 sebulan. Susu saja sebulan saya akan habis dekat RM1,000 tidak termasuk lampin pakai buang dan kos rawatan.


“Sebelum ini pernah juga ditipu oleh individu yang kononnya mahu memberi bantuan pada Alya,” katanya ketika ditemui.


Sebelum itu Pengerusi Yayasan Jamin, Datuk Sohaimi Shahadan turun padang bagi menghulurkan sumbangan kepada keluarga berkenaan.


Sumbangan berbentuk makanan dan wang ringgit itu diharap mampu meringankan bebanan keluarga berkenaan.


“Saya menyeru orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan secara terus kepada keluarga mangsa ataupun rujuk kepada Yayasan Jamin,” kata Sohaimi.


Sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan bolehlah menyumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Nohayati iaitu, 1416741000001351.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]