Impian Malaysian Tigers lebur

in Sukan by


IMPIAN Malaysian Tigers mahu mencipta sejarah memenangi Piala Asia buat kali pertama lebur apabila tewas tipis kepada India 1-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Kebangsaan Maulana Bhashani di Dhaka, malam tadi.


Dominasi India jelas ketara sebaik wisel ditiup dengan permainan agresif dan kawalan bola yang baik manakala skuad negara dilihat serba tidak menjadi terutama ketika melakukan serangan.


Seawal minit ketiga skuad negara dikejutkan gol awal melalui jaringan padang Ramandeep Singh yang mudah menolak masuk bola hantaran lintang dari kiri gawang yang dikawal S Kumar.


Skuad kendalian Sjoerd Marijne itu menambah gol kedua melalui jaringan Lalit Upadhyay pada minit ke-29 sebelum Muhammad Shahril Saabah merapatkan kedudukan pada minit ke-50.


Usaha skuad negara untuk mencari gol penyamaan tidak berhasil sekali gus menobatkan India sebagai juara Piala Asia buat kali ketiga.


Namun, pujian harus diberikan kepada Malaysian Tigers yang berjaya layak ke final selepas mencuba sejak edisi pertama pada 1982.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]