Mangsa banjir di Kota Belud menurun

in Edisi Sabah Sarawak by


KOTA KINABALU РMangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud menurun kepada 2,073 orang  hingga 1.30 tengah hari ini.  


Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah satu daripada lapan pusat pemindahan yang dibuka sebelum ini iaitu Dewan Gopog Taginambur ditutup 11.50 tengah hari tadi.


Pusat pemindahan sementara yang masih dibuka ialah Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said, Dewan SMK Taun Gusi 1, Dewan SMK Taun Gusi 2, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taun Gusi, Dewan Muhibah Tombol dan Dewan SK Pekan.


Sementara itu, seramai 34 mangsa daripada sembilan keluarga dari Penampang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Lembaga Sukan Penampang disebabkan rumah mereka terlibat tanah runtuh ekoran hujan lebat dan angin kencang sejak beberapa hari lepas. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]