Mayat bayi dalam timbunan sampah

in Edisi Terengganu by


MACHANG – Seorang pemandu lori Majlis Daerah Machang (MDM) di sini tidak menyangka rutin hariannya menjalankan kerja-kerja mengutip sampah bertukar tragedi selepas menemui mayat bayi perempuan yang cukup sifat di tempat pembuangan sampah di Bukit Tajol, Banggol Judah di sini pagi tadi.


Mayat bayi berkenaan yang masih bertali pusat ditemui kira-kira jam 11.30 pagi, dalam timbunan sampah yang dibuang di kawasan itu.


Kejadian hanya disedari pemandu lori berkenaan ketika menjalankan kerja-kerja mengangkut sampah di kawasan terbabit.


Hasil pemeriksaan polis terhadap kawasan dan temubual terhadap saksi mendapati lokasi tempat pembuangan sampah terbabit jauh dari jalan besar dan sunyi serta di sekelilingnya hanya kawasan hutan.


Bayi itu ditemui di tempat longgokan sampah dan melalui pemeriksaan awal juga mendapati tiada pakaian ditinggalkan pada bayi berkenaan.


Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]