Pasukan penyelamat jejak mangsa sesat di Gunung Gagak

in Semasa by


REMBAU – Pasukan penyelamat terdiri daripada polis, bomba, anggota pertahanan awam, renjer dan penduduk kampung seramai hampir 50 orang kini sedang menjejaki seorang pegawai bank yang sesat di Gunung Gagak, di sini, sejak lebih 14 jam lalu.


Mangsa, Teoh Kok Ping, 28, berkerja di Kuala Lumpur memulakan pendakian seorang diri di Gunung Datuk kira-kira jam 5.30 petang.


Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif, pasukan penyelamat terdiri daripada pasukan bomba memulakan pencarian pada jam 9 malam.



“Mangsa mulai tersedar tersasar laluan semasa menuruni puncak dan segera menghubungi abangnya.  Mangsa menyatakan telah sampai di basecamp Gunung Gagak yang menyatakan ketinggian dan lokasi berkenaan.


“Kita masih meneruskan pencarian menjejaki mangsa,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Operasi Menyelamat di Tapak Kaki Gunung Datuk, di sini, tadi.


Susulan insiden berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau segera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 8.15 malam.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]