Rumah, kuarters di Ladang Burung Unta musnah terbakar

in Semasa by


SEREMBAN – Sebuah rumah dan kereta musnah dalam kebakaran kira-kira 8.43 pagi tadi, di ladang burung unta Jalan Pantai, di sini, hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohamad Idris berkata kebakaran itu melibatkan sebuah rumah kuarters kakitangan ladang berkenaan yang berkeluasan 131 kaki persegi dan sebuah kereta jenis Land Rover, musnah 100 peratus.


Katanya bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.44 pagi itu dan mengejarkan  dua jentera bersama 9 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban ke lokasi sebelum tiba kira-kira 10 minit kemudian.


“Ketika tiba di lokasi tiada orang di rumah jenis kayu itu. Pihak bomba berjaya memadam kebakaran kira-kira 30 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan. – Bernama

 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]