Ugut bakar pusat kebajikan, pemandu dipenjara

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman denda lima bulan terhadap seorang pemandu jentera berat atas pertuduhan mengugut hendak membakar dapur sebuah pusat kebajikan pada Jumaat lalu.


Majistret Ho Kwong Chin menjatuhi hukuman itu terhadap S Anand, 30, selepas dia mengaku bersalah  membuat ugutan jenayah terhadap seorang pesara berusia  69 tahun dengan mengugut hendak membakar dapur dan barangan seperti kabinet dapur serta peralatan pertukangan milik Pusat Kebajikan Joy Care di sini.


Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 20 Okt lalu.


Kesalahan itu dilakukan di premis pusat kebajikan itu di Sentul Pasar, Sentul, di sini pada 7 malam, 20 Okt lalu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]