Alami masalah teknikal, Pesawat Firefly berpatah balik

in Edisi Utara by


GEORGETOWN – Sebuah pesawat Firefly yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ke Subang dilaporkan berpatah balik  pada kira-kira jam 10 pagi tadi.


Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, pesawat FY2087 itu mengalami masalah teknikal yang dikesan ketika penerbangan.


“Secara rutinnya, kita akan mengarahkan pesawat yang alami masalah teknikal untuk berpatah balik untuk tujuan pemeriksaan. Ia mendarat dengan baik dan tidak ada isu,” katanya .


Pesawat terbabit sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Subang kira-kira jam 11 pagi namun terpaksa berpatah balik untuk pemeriksaan lanjut.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]