Bas kilang berhenti di kiri jalan akibat rosak

in Edisi Utara by


PERAI – Siasatan awaldijalankan mendapati salah sebuah bas kilang yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 147.0 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, awal pagi tadi, berhenti di kiri lebuh raya kerana mengalami kerosakan enjin.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komissioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, bas itu membawa 40 pekerja kilang warganegara Indonesia dan Nepal.


[ARTIKEL BERKAITAN: Lapan maut, 40 cedera nahas tiga kenderaan]


[ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh warga asing, seorang rakyat tempatan maut]


[ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu dua bas kilang terbabit nahas ditahan]


“Terdapat sebuah bas kilang yang membawa 17 penumpang lagi yang datang dari arah belakang dipercayai gagal mengelak lalu melanggar belakang tepi bas tersebut.


“Kesemua penumpang dan pemandu bas seramai 59 orang. Setakat ini jumlah kematian ialah  lapan orang yang terdiri daripada tujuh warga asing dan seorang rakyat tempatan,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]