Identiti tujuh mangsa maut dikenal pasti

in Edisi Utara by


SEBERANG JAYA  РIdentiti mangsa yang maut dalam kemalangan melibatkan dua bas di Kilometer 147.0 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara awal pagi tadi sudah dikenal pasti.


Seorang daripadanya merupakan rakyat tempatan iaitu Noriah Kasa yang berusia 44 tahun dan beralamat di No.24, Parit Sg Dungun 34300 Bagan Serai, Perak.


Manakala tujuh lagi mangsa merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Serlia, 21, Tumangger Resni, 22, Yeni, 20, Sartika Pasaribu,19, Wami Windasih,19 dan Faridah,18.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, terdapat seorang mangsa belum dapat dikenal pasti identitinya.


“Kesemua mayat mangsa kini berada di Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]