Judi: PPIM tidak sendirian

in Nasional by


SHAH ALAM – Pas hari ini menyatakan sokongan terhadap usaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam membanteras kegiatan judi di negara ini.


Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan berkata, kerajaan sepatutnya mengambil langkah sejak awal lagi dengan menguatkuasakan undang-undang membanteras pengaruh industri judi yang semakin membarah.


“Judi adalah musuh negara. Tiada agama yang membenarkan judi. Justeru itu, pihak pemerintah mestilah serius membanteras judi. Pihak penguat kuasa juga mesti bertegas dalam hal ini.


“Usaha PPIM memerangi judi amat dibanggakan. Pas bersama PPIM. Insya-ALLAH PPIM tidak bersendirian. Lantaran Pas juga sentiasa konsisten dalam memerangi teras kemungkaran dalam negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


PPIM sebelum ini berkata, pihaknya tidak gentar dengan ugutan  sindiket perjudian yang tergugat dengan pendedahan dibuat NGO itu.


Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, malah pihaknya tidak akan berganjak dalam usaha membasmi sindiket perjudian haram yang bertapak di negara ini sejak sekian lamanya.


Beliau dalam masa sama  menyeru seluruh rakyat tanpa mengira apa agama dan bangsa supaya bangkit dengan penuh sedar dan insaf untuk memerangi judi hingga ke akar umbi.


“Jangan biarkan tamadun negara dibinasakan angkara judi dan pengusahanya yang mengaut keuntungan di atas penderitaan dan kesengsaraan mereka yang terjebak dalam kancah perjudian.


“Negara ini mesti bebas dari bahang panas judi yang merosakkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Judi inilah yang melahirkan permusuhan dan persengketaan sesama manusia.


Akhirnya mengundang ancaman kepada pihak yang tidak bersalah seperti anak isteri dan masyarakat sekitar,” katanya lagi.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]