Kerajaan tidak bercadang gubal Akta Anti Rasis

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk mengubal Akta Anti Rasis dan Akta Anti Diskriminasi kerana perpaduan di negara ini masih berada pada peringkat baik dan terkawal.


Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memaklumkan usaha menyatupadukan kaum di negara ini lebih sesuai dilaksanakan berterusan melalui pendidikan bukannya menerusi pelaksanaan undang-undang.


“Kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan undang-undang untuk menyatupadukan kaum, sebaliknya masyarakat perlu dididik bukan sahaja pada peringkat dewasa tetapi sejak kecil lagi,” kata jabatan itu menerusi satu kenyataan bagi menjawab pertanyaan lisan dikemukakan Lim Lip Eng (DAP, Segambut), kepada Dewan Rakyat, di Parlimen, semalam.


Selain itu, jabatan itu menambah, akta-akta sedia sudah memadai dan boleh dibuat penambahbaikan bagi tujuan membendung anti rasis dan anti diskriminasi.


Turut dijelaskan, pelbagai langkah akan terus digunakan kerajaan dalam menwujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu, antaranya, berpegang teguh pada perlembagaan persekutuan, melaksanakan semua dasar dan program secara adil dan seimbang, menggalakkan interaksi, integrasi dan persefahaman antara kaum serta menwujudkan mekanisme formal dan tidak formal  di beberapa peringkat.


Terakhir, berusaha menyakinkan semua pemimpin politik dan masyarakat supaya mengelak kecenderungan untuk mempolitikan isu berkaitan agama dan etnik.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]