Mangsa banjir di Kota Belud menurun kepada 386

in Edisi Sabah Sarawak by


KOTA KINABALU – Mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud dan ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara menurun kepada 386 orang sehingga 12 tengah hari tadi.


Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), satu lagi pusat pemindahan iaitu Dewan Sekolah Menengah Agama Tun Said ditutup pukul 11 pagi tadi apabila keadaan banjir semakin pulih.


Dengan penutupan pusat pemindahan itu, kini tiga lagi pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Kota Belud masih dibuka iaitu Dewan SMK Taun Gusi 2, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taun Gusi, dan Dewan SMK Taun Gusi 1.


Sementara itu, 34 mangsa daripada sembilan keluarga dari Penampang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Taman Sri Kepayan selepas rumah mereka terlibat dalam kejadian tanah runtuh ekoran hujan lebat dan angin kencang sejak minggu lepas. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]