Minta maaf Malaysia, kebanyakkan kami buta huruf…

in Nasional by


SHAH ALAM – Golongan etnik Rohingya yang berada di Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih buat kerajaan dan rakyat Malaysia yang selama ini terus-menerus membantu mereka.


Timbalan Presiden Rohignya Society In Malaysia-RSM, Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, rakyat Malaysia antara rakyat di dunia ini yang paling awal menghulurkan bantuan kepada mereka.


“Terima kasih rakyat malaysia dan kerajaan Malaysia, kami datang hanya untuk mendapatkan perlindungan,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau sebelum itu menjadi panel di Wacana Sinar Harian Siri ke-50 yang membicarakn tajuk Apa sebab etnik Rohingya dizalimi?.


Selain beliau, wacana kali ini membariskan panel antaranya, Pengarah Eksekutif Asean Rohingya Center-ARC, Dr Mohd Helmi Ibrahim; Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Dr Ruhanas Harun, dan Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan & Advokasi Hak Asasi Manusia-CENTHRA, Azril Mohd Amin.


Dalam pada itu mewakili masyarakat Rohingya keseluruhannya, beliau menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia seandainya mereka melakukan perkara yang kurang disenangi di Malaysia.


“Kebanyakkan kami ini buta huruf…minta maaf rakyat Malaysia seandainya kami ada buat salah,” katanya lagi.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]